Sunday, June 15, 2008

Alahai omak kawinkan aku......

Hukum Nikah

Disyariatkan melalui Al-Quran ( فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ)an-Nisa'3, dari Hadith
(يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج) Hikmahnya adalah menjaga manusia dari perkara yang haram, menjaga manusia dari pupus dengan melahirkan anak, mendirikan keluarga dan memelihara masyarakat, berkerjasama dalam masyarakat, berkerjasama dalam rumahtangga dan menguatkan hubungan kekeluargaan.Hukum Perkahwinan dari segi syarak dinilai dari segi keadaan manusia itu sendiri samada melaksanakan perkahwinan atau meningggalkannya.


Pertama: Fardu
Apabila yakin seseorang itu akan melakukan zina,ia pula mampu menyara rumahtangga (seperti mahar dan nafkah isteri), dan ia tidak mampu untuk menahan diri dengan berpuasa. Kaedah "Apa yang tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengan ia, maka ianya wajib" . Jumhur berpendapat Fardu dan Wajib adalah sama. Pendapat Hanafiah, wajib kawin jika seseorang itu ragu-ragu terjerumus melakukan maksiat. Tetap ia mampu menyara dan menjaga rumahtangga.

Kedua: Haram
Apabila yakin seseorang itu, akan menzalimi dan memudaratkan perempuan, dengan kelemahannya untuk menyara rumahtangga atau tidak adil dengan isteri yang lain. Kaedah "Apa yang menatijah haram, ia juga haram" . Jika bertembung antara hukum wajib dan hukum haram kena dahulukan yang hukum haram. Kaedah "Apabila berkumpul halal dan haram, mengalahkan haram akan yang halal" Ianya disokong dengan firman:( وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ نِكَاحاً حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِه)an-Nur 33. dan Hadis arahan berpuasa (يا معشر الشباب), boleh jadi dengan usaha ini mengelak diri dari melakukan perkara yang haram.

Ketiga: Makruh
Apabila seseorang itu takut melakukan perkara yang keji tetapi tidak sampai ketahap yakin.Ia juga tidak berupaya menyara keluarga, dan menyusahkan rumahtangga, atau tidak bernafsu dengan perumpuan.Tambahan dari Syafieyah, makruh bernikah dengan mereka yang sakit berpanjangan, nikah dengan tunang orang lain yang masih diterima tunangnya, nikah "cina buta" yang tidak diniatkan dan nikah penipu (Masuk islam semata untuk bernikah)


Keempat: Harus dan Sunat
Apabila ia tidak kuatir terjerumus dalam zina, tidak juga menzalimi isterinya sekiranya berkahwin.Dalil diambil dari hadis yang menceritakan tiga sahabat yang mahu menyaingi Rasulallah saw dengan tidak mahu berbuka puasa, tidur dan berkahwin. Walaubagaimanapun, pendapat yang terpilih: Nikah pada keadaan ini adalah harus, boleh dilakukan dan ditinggalkan,

Sekiranya tiada masa terluang, semuanya untuk ibadat dan sebuk menuntut ilmu lebih baik ia tidak berkahwin. Kerana Allah Taala memuji Nabi Yahya a.s dengan firman:( وَسَيِّدا ً وَحَصُورا ً وَنَبِيّا ً مِنَ الصَّالِحِينَ)ali-Imran 39."حَصُورا" dengan makna mereka yang tidak mendekati wanita walaupun dalam keadaan ia mampu. Sekiranya kahwin itu terbaik nescaya Allah Taala tidak akan memuji. Kaedah "Syariat sebelum kita,adalah syariat kita"-ada khilaf


Firman Allah Taala:( زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِسَاء وَالْبَنِينَ)ali-Imran 14. Mencela manusia yang bersyahwat.Firman Allah Taala:( فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِسَاء ) an-Nisa 3.Tidak diwajibkan berkahwin
kerana Allah Taala mengaitkan kawin itu dengan (مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ ).Ijma' Para ulama bahawa berpoligami itu tidak wajib.


Adakah Perkahwinan itu Ibadat?


Syafieyah menegaskan bahawa perkahwinan bukan suatu ibadat, ia adalah amalan duniawi sahaja seperti jual-beli, dengan dalil, sahnya jual beli dengan orang kafir. Sekiranya jual beli itu ibadat maka tidak sah dengan orang kafir. Ibadat adalah amalan kerana Allah, adalah lebih baik amalan kerana Allah dengan amalan untuk diri sendiri.


Terdapat juga padangan yang mengatakan ia tetap ibadat kerana orang kafir juga boleh bersedekah untuk memakmurkan masjid.Bagi Muslim ia ibadat, bagi kafir ia bukan ibadat.Maka Nikah termasuk dalam ibadat disokong dengan maksud hadith "atas kemaluan diantara kamu, sedekah"


Melihat akan kelamahan hujjah diatas Imam Nawawi berkata "sekiranya ia tidak dapat beribadat selagi tidak berkahwin,dan mempunyai kemampuan,maka kahwin adalah yang terbaik. Supaya masa terluang tidak diisi dengan perkara mungkar. Sesungguhnya kahwin adalah kepada mereka yang perlu dan berkemampuan, jika tidak berkemampuan, harus ditinggalkan, dan patahkan syahwat dengan puasa.




Masih terdapat lagi perbincangan bagi mereka yang mahu berkahwin tetapi tidak mampu(وَلْيَسْتَعْفِفِ), Disana disarankan kepada penjaga (wali/bapa/datuk) membantu mereka untuk melunaskan belanja dan pakaian, supaya menjaga mereka dari berzina dan rosak. Membantu dengan cara: memulangkan maharnya, atau berkata jika kau kahwini dia aku bagi kau maharnya atau aku izinkan kau kahwin yang maharnya aku bayarkan.

Dimanakah tahap diri anda??????????

Waallahu a'lam bissawab

Wednesday, June 11, 2008

Bila Harga Minyak Naik.....!!!

Dasyat jugak sampai kena buat camni bila UMno taknak turun harga minyak.....


Tuesday, June 10, 2008

Pertemuan Berharga.....

assalamualaikum..

seperti mana yang pernah ana maklumkan pada minggu yang lalu untuk
mencoretkan kisah pertemuan sahabat berbilang generasi dalam liqa' zon
pantai barat buat kali ke-3.

setelah merancang dan perbincangan demi perbincangan melalui medium
elektronik egroup ini untuk merealisasikan pertemuan dikampung ana yang
agak "ceruk" maka..Allah mengizinkan 15 hati bertemu kerana Allah pada
tanggal 01/06/2008 bersamaan hari ahad

"Melihat sahabat yang mengikuti program pondok di Melaka, ana bersyukur
kerana adik2 dapat hadir walaupun diawal jadual pondok, adanya kuliah
pada hari hari tersebut. Namun..perancangan dan takdir Allah untuk
mengizinkan kita berkumpul sekali lagi..lafaz Alhamdulillah dipanjatkan.
Sekalipun..adik2 yang menimba ilmu disana tidak dapat hadir..ana tetap
berbangga dan bersyukur kerana ketidakhadiran tersebut diisi dengan
program ilmu yang julung-julung kali untuk ditimba dalam suasana
sekarang. Melihat pasangan akh.pet bersama k.yaya...yang banyak membantu
dalam memberi arah jalan dari melaka ke kampung ana kepada adik2 yang
datang berkunjung dari sana, mereka sangat komited dalam menghadiri
setiap rangka pertemuan walaupun direncanakan di KL sana. Keluangan masa
antum berdua hadir..sesungguhnya memberikan impak yang positif dalam
usaha menjana pertemuan untuk sahabat2 di zon selatan tanahair. Melihat
juga wajah-wajah baru lapisan mutakakhir JIK menambahkan rasa sayang dan
rindu ana kepada suasana kampus. Sahabat di KL pimpinan zon barat, yang
berusaha meluangkan masa untuk hadir..semoga kita boleh merancang
pertemuan dimasa akan datang.Pucuk pimpinan IMBoS Pusat bermusafir jauh
dan akhirnya duduk sebulatan diteratak kampung...ana. Manakan ana
terfikir akh bunyamin yang hanya melihat ana dalam senteluk...akhirnya
dapat mencelah kelaluan sempit untuk sampai ke kampung ana. Ketentuan
dan ketidakizinan dari Allah untuk akh.Haizul duduk bersama merencana
perjalanan IMBoS kerana kehabisan tiket dari Terengganu membuatkan kami
semua berlapang dada. Begitu juga denga akh. Kudus yang telah
memaklumkan ketidakhadirannya atas sebab outstation. Akh Hanif yang kini
putrinya berusia 2 bulan juga tidak dapat hadir kerana pulang semula ke
Penang pada hari tersebut.

Pengisian awal pastinya menjamu selera sempena walimah adinda ana yang
ke-3. Selesai sahabat2 menunaikan solat di masjid..pulang semula kerumah
ana untuk bersama membuka hati dan minda dalam ruang waktu dan masa yang
ada..juga dalam riuh rendah dek suasana kenduri. Sedikit pengisian oleh
bapa saudara ana yang datang dari seremban membuka jalan kepada agenda
pertemuan yang selanjutnya. Beliau yang tidak boleh lama kerana perlu
hadir ke undangan ceramah di suatu tempat bernama Johol sempat
memberikan beberapa garis panduan dalam merencana IMBoS serta pesanan
agar bertebaranlah di seluruh ceruk mana sekalipun dalam rangka dakwah
yang perlu diteruskan oleh jiwa-jwa yang masih muda. Sampailah kepada
agenda utama liqa' dimudirkan oleh pengarah IMBoS sendiri membincangkan
beberapa cabaran dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan oleh setiap zon
dan khususnya zon pantai barat. Sehinggalah kepada penghujung setiap
program yang rasanya tidak pernah tinggal dari dahulu sehingga kini
bahkan menjadi salah satu agenda tradisi setiap pertemuan iaitu sesi
fotografi. Malangnya, ana sendiri yang tidak sempat merakam wajah2
dipertemuan itu. Hanya menunggu sahabat menghantar gambar dan
mengabadikannya di dalam senteluk ini.

Melepaskan kepulangan sahabat2 dengan harapan dan doa agar adanya
pertemuan sekali lagi yang mungkin lebih besar kuantiti alumni yang
mampu hadir. Besarlah harapan bapa/emak saudara ana yang merupakan tuan
rumah..menjemput sahabat2 untuk datang sekiranya musim buah bertandang.
Berjabat dan berpelukkan kerana masing-masing akan pulang ke haluan
jalan yang berlainan...namun satu yang pasti....pertemuan ini menjana
kembali ukhwah indah yang mencetus jiwa2 kental untuk bekerjalah demi
KETUANAN ISLAM."

wallahu'alam..


Nukilan Mama Arin

Friday, June 6, 2008

Cara-cara ingin mengisi Database

Assalamualaikum warahmatullah.
Berikut step-step untuk register database dalam egroup. Harap dapat dijadikan pedoman.


1. Buka laman web Yahoo! dan anda akan lihat paparan ini. Klik pada buttun 'Groups'


2. Selepas itu anda akan dapati laman ini. Klik pada button 'Sign in'.

3. Sila masukkan ID & Password yang sediaada.(Hanya pelanggan yahoomail sahaja boleh guna).


4. Sila klik pada group pilihan anda, iaitu group yang sudah didaftarkan.


5. Kemudian klik pada button 'Database'


6. Sila klik database pilihan anda.


6. Untuk record baru, sila klik 'Add Record'.


7. Sila isi database anda, dan setelah selesai, klik pada button 'Add Record' dibahagian bawah.



Selamat Mencuba!!!