Hukum Nikah
Disyariatkan melalui Al-Quran ( فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ)an-Nisa'3, dari Hadith
(يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج) Hikmahnya adalah menjaga manusia dari perkara yang haram, menjaga manusia dari pupus dengan melahirkan anak, mendirikan keluarga dan memelihara masyarakat, berkerjasama dalam masyarakat, berkerjasama dalam rumahtangga dan menguatkan hubungan kekeluargaan.Hukum Perkahwinan dari segi syarak dinilai dari segi keadaan manusia itu sendiri samada melaksanakan perkahwinan atau meningggalkannya.
Pertama: Fardu
Apabila yakin seseorang itu akan melakukan zina,ia pula mampu menyara rumahtangga (seperti mahar dan nafkah isteri), dan ia tidak mampu untuk menahan diri dengan berpuasa. Kaedah "Apa yang tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengan ia, maka ianya wajib" . Jumhur berpendapat Fardu dan Wajib adalah sama. Pendapat Hanafiah, wajib kawin jika seseorang itu ragu-ragu terjerumus melakukan maksiat. Tetap ia mampu menyara dan menjaga rumahtangga.
Kedua: Haram
Apabila yakin seseorang itu, akan menzalimi dan memudaratkan perempuan, dengan kelemahannya untuk menyara rumahtangga atau tidak adil dengan isteri yang lain. Kaedah "Apa yang menatijah haram, ia juga haram" . Jika bertembung antara hukum wajib dan hukum haram kena dahulukan yang hukum haram. Kaedah "Apabila berkumpul halal dan haram, mengalahkan haram akan yang halal" Ianya disokong dengan firman:( وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ نِكَاحاً حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِه)an-Nur 33. dan Hadis arahan berpuasa (يا معشر الشباب), boleh jadi dengan usaha ini mengelak diri dari melakukan perkara yang haram.
Ketiga: Makruh
Apabila seseorang itu takut melakukan perkara yang keji tetapi tidak sampai ketahap yakin.Ia juga tidak berupaya menyara keluarga, dan menyusahkan rumahtangga, atau tidak bernafsu dengan perumpuan.Tambahan dari Syafieyah, makruh bernikah dengan mereka yang sakit berpanjangan, nikah dengan tunang orang lain yang masih diterima tunangnya, nikah "cina buta" yang tidak diniatkan dan nikah penipu (Masuk islam semata untuk bernikah)
Keempat: Harus dan Sunat
Apabila ia tidak kuatir terjerumus dalam zina, tidak juga menzalimi isterinya sekiranya berkahwin.Dalil diambil dari hadis yang menceritakan tiga sahabat yang mahu menyaingi Rasulallah saw dengan tidak mahu berbuka puasa, tidur dan berkahwin. Walaubagaimanapun, pendapat yang terpilih: Nikah pada keadaan ini adalah harus, boleh dilakukan dan ditinggalkan,
Sekiranya tiada masa terluang, semuanya untuk ibadat dan sebuk menuntut ilmu lebih baik ia tidak berkahwin. Kerana Allah Taala memuji Nabi Yahya a.s dengan firman:( وَسَيِّدا ً وَحَصُورا ً وَنَبِيّا ً مِنَ الصَّالِحِينَ)ali-Imran 39."حَصُورا" dengan makna mereka yang tidak mendekati wanita walaupun dalam keadaan ia mampu. Sekiranya kahwin itu terbaik nescaya Allah Taala tidak akan memuji. Kaedah "Syariat sebelum kita,adalah syariat kita"-ada khilaf
Firman Allah Taala:( زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِسَاء وَالْبَنِينَ)ali-Imran 14. Mencela manusia yang bersyahwat.Firman Allah Taala:( فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِسَاء ) an-Nisa 3.Tidak diwajibkan berkahwin
kerana Allah Taala mengaitkan kawin itu dengan (مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ ).Ijma' Para ulama bahawa berpoligami itu tidak wajib.
Adakah Perkahwinan itu Ibadat?
Syafieyah menegaskan bahawa perkahwinan bukan suatu ibadat, ia adalah amalan duniawi sahaja seperti jual-beli, dengan dalil, sahnya jual beli dengan orang kafir. Sekiranya jual beli itu ibadat maka tidak sah dengan orang kafir. Ibadat adalah amalan kerana Allah, adalah lebih baik amalan kerana Allah dengan amalan untuk diri sendiri.
Terdapat juga padangan yang mengatakan ia tetap ibadat kerana orang kafir juga boleh bersedekah untuk memakmurkan masjid.Bagi Muslim ia ibadat, bagi kafir ia bukan ibadat.Maka Nikah termasuk dalam ibadat disokong dengan maksud hadith "atas kemaluan diantara kamu, sedekah"
Melihat akan kelamahan hujjah diatas Imam Nawawi berkata "sekiranya ia tidak dapat beribadat selagi tidak berkahwin,dan mempunyai kemampuan,maka kahwin adalah yang terbaik. Supaya masa terluang tidak diisi dengan perkara mungkar. Sesungguhnya kahwin adalah kepada mereka yang perlu dan berkemampuan, jika tidak berkemampuan, harus ditinggalkan, dan patahkan syahwat dengan puasa.
Masih terdapat lagi perbincangan bagi mereka yang mahu berkahwin tetapi tidak mampu(وَلْيَسْتَعْفِفِ), Disana disarankan kepada penjaga (wali/bapa/datuk) membantu mereka untuk melunaskan belanja dan pakaian, supaya menjaga mereka dari berzina dan rosak. Membantu dengan cara: memulangkan maharnya, atau berkata jika kau kahwini dia aku bagi kau maharnya atau aku izinkan kau kahwin yang maharnya aku bayarkan.
Dimanakah tahap diri anda??????????
Waallahu a'lam bissawab
Get Halloween Mat Nails Gif
6 years ago

0 comments:
Post a Comment