Monday, May 26, 2008

Bila Mama menagis......


Assalamualaikum...

Mencuri waktu rehat tengahari ini...untuk ana kongsikan bersama rasa bahagia yang menyentuh naluri dipetang sabtu yang lalu..24/05/2008

Dikhabarkan oleh K. f. akan hajat adik2 dari sabah dikalanagan pj yang sempat ana lihat dan counter dari jauh untuk datang menziarahi ana sekeluarga..ana sambut dengan ucapan..alhamdulillah..Allah pertemukan kembali jasad2 yang istiqamah bertamu hatinya dalam lafaz rabithah..

Dalam jadual hari sabtu ana..paginya menghadiri MTEST..membuatkan ana rasa gembira yang teramat sangat mengenangkan pertemuan yang bakal tiba di petang nanti...walaupun ada sedikit gentar tika menghadapi soalan yang memang agak susah untuk diberi jawapan..

Lagaknya..bagaikan menanti anak2 yang sudah lama tidak datang mengjenguk..begitulah hati ini. Tika mata bertamu melihat langkah2 sahabat...hati ana mula menahan sebak...namun arahan akal agar jgn menzahirkan manik2 jernih. Namun..tak terdaya rupanya arahan akal ini..kalah dek perasaan rindu yang menghimpit..tak kala taut dan jasad bersatu..airmata tetap berlabuh. Tak mampu berkata apa-apa. Apa yang tersirat disebalik rasa hiba yang teramat sangat ini..masih tidak dapat ana selami...cuma hati dan rasa..berombak kencang.

Sahabat yang sempat dikenali sebelum kepulangan ana ke tanah besar ini...walaupun tidak secara langsung berada di dalam usrah ana...namun sempat dikenali sedikit sebanyak latarbelakangnya...dan sempat berkongsi cerita. :)Inilahadik-adik yang sedang memondok di Baitul Quro' sebagai langkah mengisi waktu 2 minggu cuti persekolahan. K.f. yang sezaman tika di ums...walaupun agak dekat..tidak berkesempatan untuk bertemu namun keizinan Allah pertemukan tika bersama adik2 ini.,dalam memandu mereka ke rumah ana. Masya'allah..begitulah perancangan Allah lebih hebat dari perancangan manusia.

Sempat diperdengarkan kepada ana perjalanan J Kampus selepas perpindahan ana ke tanah besar. Ruang untuk bercerita sedikit sebanyak ttg persekitaran peribadi juga diisi dlm pertemuan yang sepetang itu. Allah itu bersifat Maha Mengetahui dan keizinan zatnya itulah maka ana mengetahui apa yang tersirat disebalik hati dan rasa yang berombak kencang tadi.

Melepaskan kepulangan sahabat untuk tujuan musafir yang lebih utama..membuatkan hati sebak kembali. Teringat adik2 yang selalu berkata tatkala ana menangis.."k.arin ni macam mama-mama pulak". Bolehkah ditahan hati yang rindu ini...bertahun tidak bersua...dan tidak pula selalu dengar khabarnya..memang tak mampu ana tahan. Bila bertemu walaupun seketika ..harapnya cukup memberi bekalan untuk pertemuan yang entah bila.Doa ana buat sahabat2 ini agar tabah dalam setiap ujian yang dihadapkan...jangan berputus asa dalam setiap langkah yang ditapakkan..kerana kita yakin..langkah kita itu dijalan yang benar .

Terima kasih kerana sudi berkunjung...pertemuan ini sangat manis untuk dikenang..semoga ia turut menyuntik semangat perjuangan kita dimedan masing-masing.

wallahu'alam..

Nukilan mama arin......

1 comments:

wan said...

arin.sila hubungi saya...mintak tolong ok. farzihan@gmail.com